Tentang Kami

Mengenai Kami

BioNest by VF Health ialah sebuah entiti perkhidmatan kesihatan komplementari yang berdaftar di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM. BioNEST by VF Health ditubuhkan berteraskan etika profesional, keselamatan pengguna, dan integriti produk.

Diasaskan dan dikendalikan oleh pengamal homeopati bertauliah, BioNest by VF Health memberi tumpuan kepada pembangunan, penyeliaan dan pengedaran produk kesihatan yang dikawal, selamat dan bertanggungjawab, selaras dengan piawaian profesional serta garis panduan kesihatan di Malaysia.

Kami percaya bahawa produk kesihatan bukan sekadar perlu berkesan, tetapi mestilah jelas asal-usulnya, terkawal kualitinya, dan bertanggungjawab dari sudut profesional.

Kesihatan Bermula
Dengan Integrity |

Falsafah Kami

Di BioNest by VF Health, kami berpegang kepada tiga prinsip utama:

Tanggungjawab Profesional

Setiap formulasi dan konsultasi kesihatan disediakan oleh pengamal yang berkelayakan dan bertauliah.

Integriti & Kawalan Kualiti

Keselamatan pengguna, konsistensi formulasi dan sumber bahan yang beretika adalah keutamaan kami.

Kepercayaan Pesakit & Pengguna

Kepercayaan dibina melalui ketelusan, kejujuran dan pematuhan kepada garis panduan perubatan serta perubatan komplementari.

Sejarah Penubuhan

BioNEST by VF Health bermula dari Vital Force Enterprise iaitu sebuah entity yang memberikan perkhidmatan konsultasi dan rawatan berasaskan homeopathy di Kajang Selangor. Puan Ramlah merupakan pengasas bersama Vital Force Enterprise bersama Prof Ir Dr Zainal Aripin Zakariah.

Puan Ramlah merupakan graduan diploma Teknologi Makanan UiTM dan Ijazah pertama Homeopati dari Universiti Sumatera Utara pada tahun 2002. Beliau kemudian memperoleh ijazah sarjana muda kaunseling pada 2006 di Kolej Darul Hikmah Bangi. Pada 2013 beliau menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi korporat pada peringkat sarjana UPM melalui thesis beliau mengenai kanser payudara.

Dengan latar belakang akademik dan pengalaman klinikal yang kukuh, beliau telah lama terlibat secara aktif dalam bidang perubatan komplementari, khususnya homeopati. Bersama pengasas bersama, Prof. Ir. Dr. Zainal Aripin Zakariah, Puan Ramlah telah menubuhkan Vital Force Enterprise, sebuah entiti yang menawarkan perkhidmatan kesihatan komplementari berasaskan homeopati. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai produk jenama yang merangkumi pelbagai aspek kesihatan dan penyakit dibangunkan hasil kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh mereka.

Pada tahun 2022, susulan penstrukturan semula perkhidmatan, Puan Ramlah telah menjenamakan semula perkhidmatan beliau di bawah nama BioNest by VF Health, manakala Prof. Ir. Dr. Zainal Aripin Zakariah meneruskan operasi di bawah jenama VF (Vital Force). Walaupun penjenamaan perkhidmatan berbeza, sebahagian produk yang wujud ketika itu masih mengekalkan formulasi dan asas pembangunan yang sama kerana ia merupakan hasil R&D bersama sebelum ini.

Seiring dengan perkembangan sains kesihatan moden, pada tahun 2023, Puan Ramlah telah melaksanakan pendekatan Perubatan Integratif (Integrative Medicine) dalam perkhidmatan dan pembangunan produk BioNest by VF Health. Pendekatan ini merangkumi penggunaan keputusan makmal, asas bioteknologi, serta pendekatan saintifik moden yang digabungkan secara beretika dengan konsep perubatan komplementari.

Selain itu, Puan Ramlah juga merupakan seorang Certified Biotech Product Consultant, yang membolehkan beliau menghubungkan disiplin homeopati dengan inovasi bioteknologi dan naturopathy secara lebih tersusun, selamat dan bertanggungjawab. Penubuhan BioNest by VF Health mencerminkan komitmen berterusan Puan Ramlah untuk memperkukuh kualiti, integriti dan pematuhan profesional dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan bioteknologi.

Mengapa Memilih BioNest by VF Health

Penyeliaan oleh pengamal bertauliah

Setiap produk dan perkhidmatan dipantau oleh pengamal yang mempunyai kelayakan dan pengalaman profesional.

Kawalan kualiti terkawal

Produk melalui proses pemantauan kualiti bagi memastikan standard, ketulenan dan konsistensi terjamin.

After sales service yang baik

Sokongan berterusan diberikan kepada pelanggan melalui khidmat nasihat dan pemantauan penggunaan produk.

Formulasi berpandukan evidence-based dan rujukan perubatan

Pembangunan produk berasaskan kajian, data saintifik dan rujukan amalan perubatan semasa.

Komitmen terhadap keselamatan pengguna

Mengutamakan keselamatan melalui pemilihan bahan, pematuhan garis panduan dan amalan pembangunan yang bertanggungjawab.

Experience You Can Rely On

View fine me gone this name an rank. Compact greater and demands mrs the parlors. Park be fine easy am size beautiful world away.
Contact Me
Lorem Ipsum is simply dumy text of the printing typesetting industry lorem ipsum.

Market Analysis & Insights

Get personalized listings that match.

Home Staging & Preparation

Get personalized listings that match.

Marketing & Advertising

Get personalized listings that match.

Buyers Representation

Get personalized listings that match.

See Why Clients Choose Us

View fine me gone this name an rank. Compact greater and demands mrs the parlors. Park be fine easy am size away.
Contact Me
Lorem Ipsum is simply dumy text of the printing typesetting industry lorem ipsum.

Kesihatan Bermula Dengan Integriti

Pautan Pantas

Utama

Tentang

Perkhidmatan

Testimoni

Hubungi

Produk

Produk Kategori 1

Produk Kategori 2

Produk Kategori 3

Produk Kategori 4

Produk Kategori 5

Hubungi

VF Health Resources Sdn. Bhd (1487933-V)

Aras 7 Menara Arina Uniti Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur

admin@bionest.com.my

011 234 5678